Thursday, September 15, 2011

Bengkel OpenSource + Web 2.0



Bengkel Aplikasi Komputer Berasaskan Perisian Sumber Terbuka dan Web 2.0


Macam bagus jer bunyi tajuk bengkel ni kan.. hehe.. tajuk kena sedap.. nanti kalau nak buat sijil bunyi macam canggih jer...
Hari ni kira sejarah la sebab dapat buat entry yang panas2 lagi... gambar pun upload direct dari camera haha... sebabnya.. bengkel hari ni belajar buat blog. So apa lagi.. masa ni la baru nak buka blog yg dekat2 nak bersawang ni :) hehe






Monday, July 4, 2011

...Kunjungan ke Kota Suci...

Nak sambung cerita... minggu lepas tak sempat nak menulis...


Perjalanan menuju ke kota suci dirasakan amat panjang, dari KL transit ke Dubai, Dubai - Jeddah, seterusnya naik bas dari Jeddah ke Madinah al Munawwarah. Kami naik Emirates, cantiknya kapal terbang ni. Tak pernah naik international flight.. bila masuk dlm kapal terbang besar, 3-4-3 seat satu row, terkagum la pulak. Dia punya inflight entertainment memang best. Memang patutla Emirates dapat World's Best Airline Inflight Entertainment dengan aplikasi ICE - Information, Communication dan Entertainment yang dia ada. Paling kagum ada forward, downward dan tail camera.. so kita boleh nampak apa yang berlaku di luar kapal terbang. Masa mula-mula nak berlepas, screen tu tunjuk forward kamera, nampakla semua lampu kecik2 atas landasan... pastu lampu2 bertukar jadi bintang2.... subhanallah cantiknya... last sekali tinggal gelap je la sebab kapal terbang tak mendongak dah :)


Sampai kat airport Dubai dalam pukul 3 pagi..
hmmm inilah airport dubai yang cantik tu.. mmg cantik, tapi letih sgt, takde mood nak snap gambar. Tangkap gambar sendiri pun muka sembab giler huhu...


Hari berikutnya.. berlepas dari Dubai ke Jeddah, flight delay lagi sebab menunggu connecting flight yg belum sampai... bagus betul la depa ni, semalamnya masa lepak2 kat airport pun ada kes depa tunggu passenger nk ke kuwait... tunggu n cari sampai jumpa pulak tu, ada kot sejam depa cari penumpang..... Dalam penerbangan ke Jeddah ni, majoriti nak pergi umrah, tapi ada juga yang tak. Yang nak pegi umrah pulak ada 2 haluan, kami akan ke Madinah dulu, yg terus ke Makkah pulak dah pakai ihram siap2...... lebih kurang 2 jam, akhirnya sampai ke airport Haji Jeddah. Mcm takde orang kan... hehe... mmg cari angle yang takde orang... tapi semuanya akan berubah bila sampai ke tanah haram...


Dari Jeddah, kami bertolak ke Madinah dengan bas....Pertama kali melihat bumi arab yang terkenal dengan padang pasirnya... mcm2 perasaan ada... Semua tempat hanya ada pasir dan batu.. kalau ada pokok pun, pokok renek yang kebanyakannya kering. Kalau di Malaysia, suasana mcm tu biasanya ada di tapak pembinaan je.. Tapi kat sini, semuanya macam tu ....



.... nantila sambung lagi yer...

Friday, July 1, 2011

Kunjungan ke Kota Suci...

Genap 3 minggu dah balik dari Makkah alMukarramah...
Tapi hari ni baru nak mula catatan perjalanan. InsyaAllah cerita ni tak basi... sebab perjalanan menuju Allah adalah perjalanan yang perlu kita lalui setiap detik. Semoga apa yang saya tulis ini tidak menjadi simbol riak atau 'ujub pada diri saya... Ia hanyalah kenangan indah yang ingin dikongsi, agar ketakwaan sentiasa bercambah dalam diri...

Bermula padapenghujung ramadhan 1431H, niat mengerjakan umrah disuarakan oleh abang saya, maka saya pun nak menyibuk sekali la... terus pergi Tabung Haji Travel tanya pasal umrah Disember 2010... akhirnya dapatlah pakej yang sesuai. Tapi, mungkin seruan itu belum tiba lagi, visa dibekukan.. tak jadi pergi la jawabnya.... :(

.. tak dan nk tulis habis.. nanti sambung lagi


Tuesday, June 28, 2011

... kembali......

blog ni kembali ditulis setelah sebulan sepi... saya juga telah kembali ke pejabat setelah kembali dari Tanah Suci 10 Jun lepas dan kembali dari kursus BTN hari khamis lepas....

Dalam banyak2 perkara yang kembali, ada peristiwa sedih berlaku... Abang ipar saya - Ab Rahman bin Kamaruddin, suami kepada kakak saya - Juhanis binti Shaharuddin, telah kembali menemuiNya 15 Jun lepas, kira2 jam 9.40 malam.

Hari tu hari ketiga saya masuk kerja selepas kembali dari Mekah. Pagi2 memang 'weng' sikit. Macam mana tah boleh tertinggal hp kat rumah. Petang tu balik2, tgk ada call dari rumah PahJan. Mesti Nyah yang call. Call balik tak angkat. Tak lama lepas tu, mak pulak call, bgtau kata Abg Man dah masuk hospital balik. Pelik jugak sebab 'chemo' baru habis, CT scan lambat lagi kata nak buat. Masa tu dah tergerak hati nak balik.... Dalam pukul 7.20 mlm, mak call lagi sekali. Katanya abg Man kritikal. Mak tanya, "larat ke nak balik?" Erm... betullah.. kita boleh control diri kita dengan otak. Kalau ikut badan mmg tak larat, tapi otak kata kena balik. Muaz pun antar msg gak ckp ayah kritikal. So, saya pun siap2, bw sekali baju kerja utk esok, then bertolak lebih kurang 7.50mlm. Balik sayong dulu, nk ambik mak.

Sampai sayong dlm 9.15 mlm. Hmm.. masa tu lapar sgt2, tghari td tak makan rupanya. Tertido kt surau sbb rasa cam nk demam. Sampai sayong, makan dulu kejap. Pastu gi toilet, hp bunyi, tak sempat nk angkat. Tgk2 no abg man. Tak sempat nk call balik, muaz msg - ayah dah takde - ~~speechless~~ innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.. arghhh tension pulak rasanya aku makan td.. astaghfirullahal'azim... apa aku fikir ni... tarik nafas kejap.. then terus ajak mak pergi... takleh nk balas msg muaz tu.........
Sampai kat hospital, jenazah masih kat atas katil... Allahu Akbar... betullah... Abg Man dah 'takde'... lepas settle semua, bw balik ke semanggol. Dlm pukul 2.30 pagi, barulah saya n mak balik ke sayong... arwah abg man selamat dikebumikan jam 12 tghari esoknya...

Kalau nak cerita pasal abg man ni mmg byk sgt... dah lebih 20 tahun dia bersama keluarga kami... semangat dia mmg kuat melawan penyakit.. semua jenis ubat dia makan, tak kira la moden ke tradisional... Mcm2 zikir dia amalkan, mungkin itu hikmahnya Allah bagi penyakit pd dia.. tgk muka arwah pun tenang je... Sejak dia sakit, sepanjang dia ada kat semanggol, selalu jugakla sy pegi melawat. Kadang2 tiap2 minggu, kadang2 selang2. Selalu gak sy belikan dia kacang rebus. Kdg2 beli kat juru, kdg2 kat bkt gantang... hmm.. dia kata kacang rebus kat juru lagi cantik, besaq2 kacang dia...

Mcm2la cerita abg man.... Dlm2 banyak kisah tentang arwah abg man, satu ni yang saya perasan dan agak menyentuh hati.... Sepanjang hayatnya, arwah mmg suka dan sgt ambil berat kalau ada keluarga, sedara, kawan2 yang sakit dll... dia mmg selalu pegi melawat... Even mak kawan dia sakit pun dia selalu pegi melawat... bukan setakat melawat sekali buat syarat... tapi byk kali.. bila2 dia teringat, dia akan pergi... Pada hari arwah dikebumikan, bukan setakat sedara, tapi kawan2 masa dia kat maktab pun ramai yang dtg... Kawan maktab tu, kawan masa umur 20an... Dia meninggal masa umur 51. Paling saya terharu, 2 hari lepas tu, kebetulan sy ada di semanggol masa tu, ada lagi kawan2 ex-MPKB yang dtg melawat...


Kalau kita selalu ingat orang masa dia susah... orang akan ingat kita (dan keluarga kita) masa kita susah.... Allahu Akbar... perkara baik yang kita lakukan akan Allah balas dengan kebaikan juga insyaAllah.. Ya Allah... cucurilah rahmat ke atas roh abang iparku... tabahkanlah hati kakakku... Buat anak2 saudaraku... jadilah anak yang soleh dan solehah... sesungguhnya doa dari anak soleh itu tak akan terputus....

Tuesday, May 24, 2011

kulu kelo mate lio

Tetiba rasa nak post pasal loghat perak... syok jugak yer memperkembangkan bahasa perak. Sebenarnya bahasa perak ni jarang diketengahkan sebab orang perak selalunya hanya akan bercakap bahasa ibundanya (kes mak dia orang perak la..) bila berada di kalangan ahli keluarga, sedara mara atau kawan2 yang memang orang perak jugak. Cuma baru-baru ni je sejak kemunculan filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', tiba2 'ghame oghang mole cakap peghok'.


Loghat perak yang akan saya ketengahkan adalah loghat yang digunakan di daerah kuala kangsar dan sekitarnya... walaupun ada jugak yang sama dengan bahagian parit & bota, tapi biasanya sebutannya lain... banyak sangat stail percakapan orang perak ni... kampung sebelah-sebelah pun kadang sebut lain hehe...

Tajuk entry ni pelik sikit kalau orang tak faham loghat perak.. sebenarnya boleh je nak translate dalam bahasa formal iaitu 'ke hulu ke hilir mata liar' hehe kan sama maksudnya :)

Cuma susah sikit sy nak bezakan tulisan untuk sebutan 'e' yang pelbagai. Perkataan ni saya jumpa dekat apron sorang brader yang berniaga pasar minggu kat pekan kuala... ntah apa tujuan dia buat apron camtu ntahla.. tiba2 teringat nak post ayat ni sebab td masa breakfast ada sebut pasal tunjuk arah yang biasa digunakan kat kampung...


HULU - ikut arah air sungai, mula mengalir dari hulu.

kalau nak ke hulu, selalu jadi 'ku.lu' ada titik tu sebab cara sebut dia ada break sikit.


HILIR - arah air sungai mengalir... kalau letak kapal kertas dlm sungai, dia akan hanyut ke hilir.

nak ke hilir, ada yang sebut 'ke.lio' ataupun setengah orang simplified jd 'ke.lo' je...



'kulu kelo mate lio, tak sedo awok tu dah nak tumpo' ~ kaso le pulok bunyi nye

GPS

GPS atau nama penuhnya Global Positioning System adalah satu sistem untuk mengesan kedudukan menggunakan satelit. Benda ni dah lama dibangunkan oleh Department of Defense US sejak tahun 1970an. Pengunaan alat ni dalam bidang ketenteraan memang sesuai terutama untuk menentukan kedudukan yang tepat bagi suatu tempat, tak kiralah untuk tujuan baik atau buruk. Contohnya untuk tentukan kedudukan kapal selam yang tengah menyelam dalam laut, mengesan kem pengganas ataupun untuk mencari kedai makan sedap.


Saya dengar pasal GPS masa study lagi... ada la kaitan dengan bidang ukur tanah. Masa kat ITTHO, housemate yang ex-student ukur tanah @ nama yang lebih sophisticated 'geoinfomatik' ada jugak dia cerita pasal GPS ni.. masa tu tak faham apa pun, tahu sebut GPS je...


Sekarang ni dah canggih, dalam handphone pun ada GPS. Saya?? baru je ada hp yang ber'GPS'. Itu pun slps hp lama saya asyik 'hang' memanjang dan keypad dah tercabut beberapa butang... hmm.. bila dah ada GPS ni haha... excited terlebih.. hari tu nak balik rumah pun pakai GPS... gila ke hape???

"Technology wise .. I'm almost a laggard... but once i'm into it, somebody please stop me..."

Friday, May 20, 2011

Bersiap-siap...

Hari ni Jumaat 20 Mei 2011... lebih kurang seminggu je lagi nak ke sana. Macam-macam perasaan ada.. Seronok, tak sabar, berdebar-debar, takut.. semua ada lah.. Harap-harap semua urusan dipermudahkan...
Ya Allah, terimalah kami tetamuMu yang istimewa...

Dalam dok buat persiapan, mestilah nak mengemas kan... semalam, baru je nak start basuh baju, tekan2 button kat washing machine tu tak boleh.. erkkk!! Sblm ni pernah gak dia buat camtu.. tapi lepas ON-OFF 2 - 3 kali dia ok. Ni langsung tak boleh. Konon2 nak jadi Macgyver, bukak plug.. cuba tukar fius, pun takleh jugak. Tak puas hati lagi, terjumpa pulak tempat lubang screw utk panel mesin tu.. cuba gak bukak, nak try tekan manual kat suis dia, kot-kot la touch button tu touch tapi tak kena kat suis bawah.. hehe.... berangan je la... takde maknanya.. takleh on jugak...

Nampak gayanya kena back to basic la... takpe practise urat tangan, tambah stamina hahaha
Mesin tu mcm ne? nak baik ke? nantila lepas balik nanti...

Thursday, May 12, 2011

...dah meriah!!

hehe... kali ni tak cerita pasal blog berkarat dah...
Rasa mcm semangat je nak mengupdate blog skrg ni.. bukan sebab banyak benda nak cerita.. tapi sebab dah ramai kawan2 dah ada blog... meriah sikit... haha.. web 2.0 sudah berkembang di JMSK.
Pasal apa yang nak ditulis tu belakang kira... banyak je benda kalau nk cerita. Kalau sembang kat ofis ni pun tak pernah habis.... so, antara nak update dgn taknak jer la...
chaiyok2!!

Dear unit ict, lepas ni tolong jgn la block blogspot n wordpress pulak...

Tuesday, May 10, 2011

perpisahan vs episod baru...

Dah lama tak update blog ni...(itu je la ayat tetiap kali buat posting haha)
..setelah sekian lama tak update, tetiba nak cakap pasal perpisahan... hmm...

Tahun 2011 ni baru sekerat jalan, tapi dah brp byk majlis perpisahan dah kat ofis.
Mula2 Eta, tapi dia bahagia dah sekarang sebab dah dekat dgn husband. Then, proses pemutihan peringkat JPPoli... makin ramai kawan2 kena pindah :(
- Anis - jiran sebelah meja sejak 2008(kot..) + azrul kena pindah PTSS.
- Nurul - pernah jadi jiran sebelah meja (sblm dok sebelah anis) + aboo (tokeh UIDM) kena pindah PSIS
- K. Fizan - pioneer JMSK, x-KK Sains, kena pindah PSIS (tp masih dlm proses rayuan... )

erm... last day sblm depa pindah mmg sedih 'bangat'... nangis mcm telenovela.. lama dah tak rasa suasana camtu, rasanya sejak lepas spm dulu kot... berpisah kat U dulu rasanya takdela nangis smp camtu.. pelik la pulak yer... mungkin masa tu semua semangat nk kerja kot. Kali ni mmg dah lama kerja dah... then tak tau what next?? hmm....
Tengah round2 on the net.. tetiba terjumpa la video perpisahan 2 sahabat... sgt tragis video ni sbb shbt yg satu lagi tu mati... ermm.. bukan saja2 nk cerita, tapi semua hamba Allah akan mati kan...
(tgk sampai habis tau... blh nangis huhu)


kalau nk tgk kt youtube klik sini


*?@!?% takde kaitan pun video ni dgn sistem poli.. tapi biasala.. i dgn meow tak boleh dipisahkan hehe


Lepas nangis2, bermulalah episod baru masing2...
yang jadi ketua program semua dah sibuk... aku je yang tak tau hala tuju lagi...
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah... dgn izinNya