Tuesday, May 24, 2011

kulu kelo mate lio

Tetiba rasa nak post pasal loghat perak... syok jugak yer memperkembangkan bahasa perak. Sebenarnya bahasa perak ni jarang diketengahkan sebab orang perak selalunya hanya akan bercakap bahasa ibundanya (kes mak dia orang perak la..) bila berada di kalangan ahli keluarga, sedara mara atau kawan2 yang memang orang perak jugak. Cuma baru-baru ni je sejak kemunculan filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', tiba2 'ghame oghang mole cakap peghok'.


Loghat perak yang akan saya ketengahkan adalah loghat yang digunakan di daerah kuala kangsar dan sekitarnya... walaupun ada jugak yang sama dengan bahagian parit & bota, tapi biasanya sebutannya lain... banyak sangat stail percakapan orang perak ni... kampung sebelah-sebelah pun kadang sebut lain hehe...

Tajuk entry ni pelik sikit kalau orang tak faham loghat perak.. sebenarnya boleh je nak translate dalam bahasa formal iaitu 'ke hulu ke hilir mata liar' hehe kan sama maksudnya :)

Cuma susah sikit sy nak bezakan tulisan untuk sebutan 'e' yang pelbagai. Perkataan ni saya jumpa dekat apron sorang brader yang berniaga pasar minggu kat pekan kuala... ntah apa tujuan dia buat apron camtu ntahla.. tiba2 teringat nak post ayat ni sebab td masa breakfast ada sebut pasal tunjuk arah yang biasa digunakan kat kampung...


HULU - ikut arah air sungai, mula mengalir dari hulu.

kalau nak ke hulu, selalu jadi 'ku.lu' ada titik tu sebab cara sebut dia ada break sikit.


HILIR - arah air sungai mengalir... kalau letak kapal kertas dlm sungai, dia akan hanyut ke hilir.

nak ke hilir, ada yang sebut 'ke.lio' ataupun setengah orang simplified jd 'ke.lo' je...



'kulu kelo mate lio, tak sedo awok tu dah nak tumpo' ~ kaso le pulok bunyi nye

GPS

GPS atau nama penuhnya Global Positioning System adalah satu sistem untuk mengesan kedudukan menggunakan satelit. Benda ni dah lama dibangunkan oleh Department of Defense US sejak tahun 1970an. Pengunaan alat ni dalam bidang ketenteraan memang sesuai terutama untuk menentukan kedudukan yang tepat bagi suatu tempat, tak kiralah untuk tujuan baik atau buruk. Contohnya untuk tentukan kedudukan kapal selam yang tengah menyelam dalam laut, mengesan kem pengganas ataupun untuk mencari kedai makan sedap.


Saya dengar pasal GPS masa study lagi... ada la kaitan dengan bidang ukur tanah. Masa kat ITTHO, housemate yang ex-student ukur tanah @ nama yang lebih sophisticated 'geoinfomatik' ada jugak dia cerita pasal GPS ni.. masa tu tak faham apa pun, tahu sebut GPS je...


Sekarang ni dah canggih, dalam handphone pun ada GPS. Saya?? baru je ada hp yang ber'GPS'. Itu pun slps hp lama saya asyik 'hang' memanjang dan keypad dah tercabut beberapa butang... hmm.. bila dah ada GPS ni haha... excited terlebih.. hari tu nak balik rumah pun pakai GPS... gila ke hape???

"Technology wise .. I'm almost a laggard... but once i'm into it, somebody please stop me..."

Friday, May 20, 2011

Bersiap-siap...

Hari ni Jumaat 20 Mei 2011... lebih kurang seminggu je lagi nak ke sana. Macam-macam perasaan ada.. Seronok, tak sabar, berdebar-debar, takut.. semua ada lah.. Harap-harap semua urusan dipermudahkan...
Ya Allah, terimalah kami tetamuMu yang istimewa...

Dalam dok buat persiapan, mestilah nak mengemas kan... semalam, baru je nak start basuh baju, tekan2 button kat washing machine tu tak boleh.. erkkk!! Sblm ni pernah gak dia buat camtu.. tapi lepas ON-OFF 2 - 3 kali dia ok. Ni langsung tak boleh. Konon2 nak jadi Macgyver, bukak plug.. cuba tukar fius, pun takleh jugak. Tak puas hati lagi, terjumpa pulak tempat lubang screw utk panel mesin tu.. cuba gak bukak, nak try tekan manual kat suis dia, kot-kot la touch button tu touch tapi tak kena kat suis bawah.. hehe.... berangan je la... takde maknanya.. takleh on jugak...

Nampak gayanya kena back to basic la... takpe practise urat tangan, tambah stamina hahaha
Mesin tu mcm ne? nak baik ke? nantila lepas balik nanti...

Thursday, May 12, 2011

...dah meriah!!

hehe... kali ni tak cerita pasal blog berkarat dah...
Rasa mcm semangat je nak mengupdate blog skrg ni.. bukan sebab banyak benda nak cerita.. tapi sebab dah ramai kawan2 dah ada blog... meriah sikit... haha.. web 2.0 sudah berkembang di JMSK.
Pasal apa yang nak ditulis tu belakang kira... banyak je benda kalau nk cerita. Kalau sembang kat ofis ni pun tak pernah habis.... so, antara nak update dgn taknak jer la...
chaiyok2!!

Dear unit ict, lepas ni tolong jgn la block blogspot n wordpress pulak...

Tuesday, May 10, 2011

perpisahan vs episod baru...

Dah lama tak update blog ni...(itu je la ayat tetiap kali buat posting haha)
..setelah sekian lama tak update, tetiba nak cakap pasal perpisahan... hmm...

Tahun 2011 ni baru sekerat jalan, tapi dah brp byk majlis perpisahan dah kat ofis.
Mula2 Eta, tapi dia bahagia dah sekarang sebab dah dekat dgn husband. Then, proses pemutihan peringkat JPPoli... makin ramai kawan2 kena pindah :(
- Anis - jiran sebelah meja sejak 2008(kot..) + azrul kena pindah PTSS.
- Nurul - pernah jadi jiran sebelah meja (sblm dok sebelah anis) + aboo (tokeh UIDM) kena pindah PSIS
- K. Fizan - pioneer JMSK, x-KK Sains, kena pindah PSIS (tp masih dlm proses rayuan... )

erm... last day sblm depa pindah mmg sedih 'bangat'... nangis mcm telenovela.. lama dah tak rasa suasana camtu, rasanya sejak lepas spm dulu kot... berpisah kat U dulu rasanya takdela nangis smp camtu.. pelik la pulak yer... mungkin masa tu semua semangat nk kerja kot. Kali ni mmg dah lama kerja dah... then tak tau what next?? hmm....
Tengah round2 on the net.. tetiba terjumpa la video perpisahan 2 sahabat... sgt tragis video ni sbb shbt yg satu lagi tu mati... ermm.. bukan saja2 nk cerita, tapi semua hamba Allah akan mati kan...
(tgk sampai habis tau... blh nangis huhu)


kalau nk tgk kt youtube klik sini


*?@!?% takde kaitan pun video ni dgn sistem poli.. tapi biasala.. i dgn meow tak boleh dipisahkan hehe


Lepas nangis2, bermulalah episod baru masing2...
yang jadi ketua program semua dah sibuk... aku je yang tak tau hala tuju lagi...
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah... dgn izinNya