Thursday, May 31, 2012

Sayu dan Rindu....

Petang tadi tiba2 hati rasa sayu je... rasa nak nangis pun ada. Kenapa pulak aku ni....???

Balik rumah rasa nak buka PC dan tengok gambar masa pergi umrah tahun lepas. Rupanya tarikh ini adalah permulaan hari2 yang sangat bermakna dalam hidup aku... MasyaAllah... Alhamdulillah.. Engkau telah menerima hambaMu ini sebagai tetamuMu Ya Rabbi...
Banyak perkara baru yang tak pernah aku buat sebelum ni. Sama ada yang dibuat itu hanya kerana Allah, atau sebab dalam buku umrah suruh buat, atau sebab takut perkara buruk akan berlaku kalau tak buat, atau sebab tengok semua orang buat jadi saya pun buat.... dan macam2 sebab lagi... hanya Allah shj yang tahu... tapi setiap sesuatu itu perlu ada permulaannya kan... bila dah mula, kita usaha dan mohon diberi kekuatan untuk istiqamah... 

Alhamdulillah, aku telah mulakan perjalanan dengan solat musafir, mmg tak pernah buat sblm ni. Flight delay lama la jugak, dekat 1 jam duduk dlm flight sblm berlepas. Sebut tentang flight delay, aku respect pada airlines dekat negara arab ni... sangat sabar menunggu dan cari penumpang, supaya takde yg terlepas flight. Walaupun keadaan tu akan membuatkan penumpang lain tertunggu2.. hmm... awal2 lagi dah diuji kesabaran kan...

Selepas 1 hari setengah, akhirnya aku menjejakkan kaki ke Madinah Al Munawwarah.... Sayu sangat rasa bila tiba di sini... Lagi sayu bila tiba di Masjid Nabawi. Ramainya ummat Muhammad S.A.W. Macam2 bangsa ada. Masa nak masuk masjid tu, terdengar sorang makcik, (mungkin dr india - tak pasti la...) berselawat nak masuk masjid. Cara dia sebut tu, dengan sepenuh hati, terasa sungguh kecintaannya pada Rasulullah... Malunya rasa... aku ni tahap macam mana cinta pada Rasulullah?? 

Sebelum nak pegi umrah ni aku pernah tersilap dalam meletakkan tujuan... Pernah terniat nak beli camera yang best, yang boleh zoom jauh dan ada wide angle, semata2 nak bawa pergi umrah, nak tangkap gambar banyak2.. Alhamdulillah niat tu sempat jugak diperbetulkan (tak pasti berapa peratus betul). Menjadi tetamu Allah bukannya untuk melancong dan nanti boleh balik tayang gambar cantik2 kat orang! Huhu..harap2 aku dilindungi dari perasaan2 mcm ni.... Adalah jugak tangkap gambar, untuk kenangan bila rindu... wallahu'alam.
Sebahagian ummat Muhammad....

Suasana selepas solat, baru keluar dari masjid. Satu-satu harinya saya bawa kamera ke Masjid dan sengaja solat di luar sebab nak tangkap gambar (kamera tak boleh bawa masuk ye). Astaghfirullah... kata dah betulkan niat..... Ampunkan hambaMu Ya Allah...

Di dataran luar Masjid Nabawi... kalau datang lambat, masjid penuh, kena solat kat luar je la....

Bondaku tercinta....

Lepas solat, diluar pagar masjid... penuh dengan orang berniaga dan bershopping....

Kami masuk masjid ikut pintu tepi sblh kanan masjid... tak nampak pun kubah hijau yang asal. Bila dibawa tour keliling masjid, baru la nampak kubah yang warna hijau tu. Lepas tu pergi ke Maqam Nabi dan masuk Raudhah. Kalau nak ikut keadaan yg sgt bersesak2 tu, susah nak dikaitkan dengan perasaan syahdu dah datang secara tiba2 masa beri salam pada Rasulullah dan para khalifah serta solat sunat di Raudhah. Sayangnya ia berlaku dalam masa yang sangat singkat. Esoknya cadang nak pergi lagi tapi tak sempat :(  


Sesi lawatan luar pulak, banyak tempat juga kami pergi. Ada yang kami singgah dan diceritakan sejarahnya, ada jugak yang lalu je.... Mula2 sekali kami dibawa ke Jabal Uhud (Bukit Uhud). Kat situ juga ada maqam Syuhada' Uhud. Jabal Uhud ni kalau diperhatikan dia berwarna kemerah-merahan seperti merahnya darah para Syuhada'. Kami diberitahu, orang yang Allah buka kan hijabnya mungkin boleh nampak kesan darah para Syuhada'.. wallahu'alam.
Di Maqam Syuhada' Uhud..... tengah dengar cerita dari ustaz

Sebahagian Bukit Uhud....

Bersama bonda tercinta...


Banyak lagi sebenarnya tempat2 yang kami pergi masa di Madinah. Panjang sangat pulak entri ni kalau nak cerita semua kat sini... Berbalik kepada rasa sayu dan rindu.. serta perkara yang tak pernah dibuat, tiba2 boleh buat.....

Salah satu perkara yang sangat memberi kesan pada diri ini adalah kunjungan ke Masjid Quba'. Sebelum bertolak, ustaz dah pesan supaya ambil wudu' siap2. Diriwayatkan hadis Rasulullah bahawa "Barang siapa berwuduk dari rumah dan menunaikan solat di dalamnya 2 rakaat di Masjid Quba', maka pahala baginya sama dengan pahala umrah." Masjid ini adalah masjid yang dibina semasa Rasulullah singgah dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah. Ustaz Khairi pulak cerita dengan penuh perasaan, siap gambarkan bagaimana Rasulullah disambut dengan laungan 'to la'al badru 'alaina..' rasa sayu sangat.... dan di masjid inilah akhirnya aku menunaikan solat sunat dhuha buat kali pertama setelah berumur 34 tahun. Selama ni bukannya tak tahu, tapi hati ni keras sangat kot.. takde rasa nak buat pun. Alhamdulillah.... semoga apa yang telah dimulakan ini dapat diteruskan... Sampai saat entry ini ditulis pun, aku masih belum hafal doa solat dhuha ni... apapun, yang penting kita mohon diberikan rezeki yang halal dan diberkati... insyaAllah...

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikan itu kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

- Jom Solat Dhuha -