Tuesday, May 24, 2011

GPS

GPS atau nama penuhnya Global Positioning System adalah satu sistem untuk mengesan kedudukan menggunakan satelit. Benda ni dah lama dibangunkan oleh Department of Defense US sejak tahun 1970an. Pengunaan alat ni dalam bidang ketenteraan memang sesuai terutama untuk menentukan kedudukan yang tepat bagi suatu tempat, tak kiralah untuk tujuan baik atau buruk. Contohnya untuk tentukan kedudukan kapal selam yang tengah menyelam dalam laut, mengesan kem pengganas ataupun untuk mencari kedai makan sedap.


Saya dengar pasal GPS masa study lagi... ada la kaitan dengan bidang ukur tanah. Masa kat ITTHO, housemate yang ex-student ukur tanah @ nama yang lebih sophisticated 'geoinfomatik' ada jugak dia cerita pasal GPS ni.. masa tu tak faham apa pun, tahu sebut GPS je...


Sekarang ni dah canggih, dalam handphone pun ada GPS. Saya?? baru je ada hp yang ber'GPS'. Itu pun slps hp lama saya asyik 'hang' memanjang dan keypad dah tercabut beberapa butang... hmm.. bila dah ada GPS ni haha... excited terlebih.. hari tu nak balik rumah pun pakai GPS... gila ke hape???

"Technology wise .. I'm almost a laggard... but once i'm into it, somebody please stop me..."

Friday, May 20, 2011

Bersiap-siap...

Hari ni Jumaat 20 Mei 2011... lebih kurang seminggu je lagi nak ke sana. Macam-macam perasaan ada.. Seronok, tak sabar, berdebar-debar, takut.. semua ada lah.. Harap-harap semua urusan dipermudahkan...
Ya Allah, terimalah kami tetamuMu yang istimewa...

Dalam dok buat persiapan, mestilah nak mengemas kan... semalam, baru je nak start basuh baju, tekan2 button kat washing machine tu tak boleh.. erkkk!! Sblm ni pernah gak dia buat camtu.. tapi lepas ON-OFF 2 - 3 kali dia ok. Ni langsung tak boleh. Konon2 nak jadi Macgyver, bukak plug.. cuba tukar fius, pun takleh jugak. Tak puas hati lagi, terjumpa pulak tempat lubang screw utk panel mesin tu.. cuba gak bukak, nak try tekan manual kat suis dia, kot-kot la touch button tu touch tapi tak kena kat suis bawah.. hehe.... berangan je la... takde maknanya.. takleh on jugak...

Nampak gayanya kena back to basic la... takpe practise urat tangan, tambah stamina hahaha
Mesin tu mcm ne? nak baik ke? nantila lepas balik nanti...

Thursday, May 12, 2011

...dah meriah!!

hehe... kali ni tak cerita pasal blog berkarat dah...
Rasa mcm semangat je nak mengupdate blog skrg ni.. bukan sebab banyak benda nak cerita.. tapi sebab dah ramai kawan2 dah ada blog... meriah sikit... haha.. web 2.0 sudah berkembang di JMSK.
Pasal apa yang nak ditulis tu belakang kira... banyak je benda kalau nk cerita. Kalau sembang kat ofis ni pun tak pernah habis.... so, antara nak update dgn taknak jer la...
chaiyok2!!

Dear unit ict, lepas ni tolong jgn la block blogspot n wordpress pulak...

Tuesday, May 10, 2011

perpisahan vs episod baru...

Dah lama tak update blog ni...(itu je la ayat tetiap kali buat posting haha)
..setelah sekian lama tak update, tetiba nak cakap pasal perpisahan... hmm...

Tahun 2011 ni baru sekerat jalan, tapi dah brp byk majlis perpisahan dah kat ofis.
Mula2 Eta, tapi dia bahagia dah sekarang sebab dah dekat dgn husband. Then, proses pemutihan peringkat JPPoli... makin ramai kawan2 kena pindah :(
- Anis - jiran sebelah meja sejak 2008(kot..) + azrul kena pindah PTSS.
- Nurul - pernah jadi jiran sebelah meja (sblm dok sebelah anis) + aboo (tokeh UIDM) kena pindah PSIS
- K. Fizan - pioneer JMSK, x-KK Sains, kena pindah PSIS (tp masih dlm proses rayuan... )

erm... last day sblm depa pindah mmg sedih 'bangat'... nangis mcm telenovela.. lama dah tak rasa suasana camtu, rasanya sejak lepas spm dulu kot... berpisah kat U dulu rasanya takdela nangis smp camtu.. pelik la pulak yer... mungkin masa tu semua semangat nk kerja kot. Kali ni mmg dah lama kerja dah... then tak tau what next?? hmm....
Tengah round2 on the net.. tetiba terjumpa la video perpisahan 2 sahabat... sgt tragis video ni sbb shbt yg satu lagi tu mati... ermm.. bukan saja2 nk cerita, tapi semua hamba Allah akan mati kan...
(tgk sampai habis tau... blh nangis huhu)


kalau nk tgk kt youtube klik sini


*?@!?% takde kaitan pun video ni dgn sistem poli.. tapi biasala.. i dgn meow tak boleh dipisahkan hehe


Lepas nangis2, bermulalah episod baru masing2...
yang jadi ketua program semua dah sibuk... aku je yang tak tau hala tuju lagi...
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah... dgn izinNya


Tuesday, November 30, 2010

Seminggu Sebelum Semester Bermula...

Hari ni 30/11, ada bengkel kurikulum baru di JMSK... haha tak pasal2 aku kena jadi orang yg memberi penerangan. Macamla pandai sangat benda alah AST, CLO, GSA, LD nih.... Nak buat camne, dah KJ suruh, goreng je la...
Nampak macam ok jer.. semua benda2 nampak mcm memeningkan, tapi tengok semua orang semangat jerr.. sampai tak pi lunch!! erkk!! Apakah maksudnya itu?? Adakah semangat sangat sampai tak teringat nak pegi lunch atau tension ya amat sampai nak makan pun tak lalu... hehehe...

Esok sambung lagi... harap2 semua berjalan lancar.. so nanti senang nak mengajar, bahan penilaian semua dah siap. TAPI!!! Arrgghhhhh... semua tu subjek aku tak ajar!!! Cessss!


Sunday, October 3, 2010

berkaratzzz lagi....



"Berapa lama dah ni?"

.."Adalah dekat setahun..."
"Laa... awat hang tak jengok langsung??"
.."Sibuk laa..."
"Cehh.. alasan.. sebenarnya malass!!"

Haha.. itu bukan dialog aku dengan sesapa.. itu cuma dialog aku sorang2...
Giler aa.... macam dah lupa je aku ada blog ni hahaha....

Macam mana nak jadi penulis blog yg aktif?
1. Sentiasa peka dengan isu semasa
2. Selalu-selalulah menjaga tepi2 kain, jalan, rumah, pinggan dll...
3. Buat MLM/ jual barang online...
4. Cerita pasal diri sendiri sampai kita sendiri bosan...
5. Berenti kerja. Tulis blog jer... haha..
(cara2 ni hanya sesuai untuk org yg tak reti n takde idea tulis blog heheh)

Kagum dengan orang yg sentiasa update blog ni...
Mcm mana tah aku nak jadi mcm depa... huhu

InsyaAllah, kalau ada keperluan dan kesempatan....




Monday, December 28, 2009

Hmmm.....

Lama sungguh tak update blog ni.. berkarat dah pun.. macam ekzos kereta aku... tapi yang ni berkarat pun takpe, takyah bayar... baru je melayang RM240 tukar ekzos baru... huhu

apa yang dah berlaku sepanjang aku tidak mengupdate blog ini?? ohh banyak sungguh....

First time being a part time student... hmm baru rasa susah payah belajar.. masa degree dulu pun susah jugak.. tapi mungkin masa tu tahap kematangan tak sampai lagi kot.. bila susah je selalu down, rasa mcm nak tangguh sem la.. apa la.. pas tu result ala kadar je la...

Alhamdulillah.. sekarang dah matang sikit.. (sikit?? dah tua dah pun!!) setakat ini walaupun masih ada tension2.. boleh lagi mencari jalan keluar... apa2 pun yang berlaku, semua ada hikmahNya.. Not just maths, engineering... have laws, rule... islam do, because it is the way of life... the simplest one is of course the 6 pillars of faith... Apply the number six in every second of our life... and insyaAllah we will find the beauty of our life...

hmm.. pagi tadi pegi makan kat sinar indah.. pastu terjumpa orang yang banyak influenced my life... nantila cerita.. panjang sgt n without pictures, it cannot be interesting....