Monday, February 27, 2012

Bahang di Bulan Februari...

Baru-baru ni, masuk ofis terasa macam ada bahang je... memang sekarang ni cuaca panas. Minggu lepas aircond rosak pulak, tapi tak lama sbb orang senggaraan dah datang baiki. Lepas tu, masih lagi terasa bahang. Rupa-rupanya bahang keputusan DH44 hehe.. Bila keluar result ni, ada yang suka, ada yang sedih. Mungkin jugak ada yang tertekan, rendah diri, menyampah, malu atau rasa bersalah?? Perasaan mcmtu boleh timbul tak kira sama ada keputusan tu positif atau negatif. Wallahu'alam... 

Hmm.. teringat kisah yang sama tahun lepas.. masa mintak tu, buat fail ikut suka.. ikut je, orang suruh buat ni, buat.... ntah apa2 je rasa. Nk tunggu hari validasi tu tertekan tak tau nk cakap. Lepas tu bila result keluar, tak rasa excited pun. Dapat, maknanya naik gred dan mungkin kekal atau tidak jadi kk atau mungkin kena pindah. Tak dapat maknanya kekal dengan DH41 dan terlepas beban kk yang rasa dah tak mampu nak tanggung dah. 

Tengok result... Dapat dan kekal di tempat yg sama. Tetiba rasa tension huhu... tak baik kan... "Allah bagi rezeki, tak tau nak bersyukur ke hapa hang ni hah?!! Pelik sungguh. Kalau tak dapat satgi hang kata mcm2 pulak kat validator..." ** errkk**  

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dengan naik pangkat... tapi ujianNya lebih besar dari nilai 44 tu. Mampu ke aku jadi kk yang sebenar? Mampu ke aku tanggung semua tanggungjawab yang perlu kk buat? Mampu ke aku menangkis sifat riak, ujub, takabbur dan segala hasutan yang sentiasa menunggu nak masuk dan menguasai diri? Mampu ke aku guna imbuhan yang ada untuk kebaikan? Adoila.... yang ni pun rasa susahnya nak buat... Adakah bila naik 44 ni lagi banyak dosa?? Takutnya!!!Semoga Allah beri kekuatan pada saya dan kawan2 saya yang dah naik 44, insyaAllah....

Kepada kawan2 yang tak dapat, takpelah kalau korang nak sedih.. tapi sekejap dahla..... 'tak dapat' pada masa ni adalah keadaan paling baik yang Allah tetapkan pada kita. Semua rezeki dari Allah. Dia dah rancang semuanya untuk kita.... "Alaa... dah dapat senang la cakap kan..." hehe... macam mana nak ckp yer... Ambillah masa untuk mencari kekuatan dan kelemahan kita, dan sentiasa mohon dari Allah. Tahun depan boleh cuba lagi dengan dokumen yang lebih hebat :-)



"Malu nak banding dokumen saya dulu dgn kawan2 yang minta tahun ni... Nasib baik saya tak buat copy hehe..."

Friday, January 6, 2012

Tahun Baru dan Transformasi

Sedar-sedar dah tahun 2012 dah... cepat betul masa berlalu. 10 tahun lepas saya baru je melapor diri sebagai Guru Sandaran Terlatih (Siswazah) GST di Politeknik Seberang Perai (PSP). Nampaknya hidup saya tak berkembang pun... sekarang ni masih di PSP. Cuma nama jawatan saja yang berubah2, sekadar memeriahkan suasana. Dari GST skrg dah jadi PPPT. Yang berkembang cuma saiz dan berat badan jer.. hehe
Contohnya macam gambar kat bawah ni...... tapi gambarnya telah SENGAJA di 'crop' untuk mengurangkan 'special effect'nya hehehe


April 2002 - 4 bulan selepas lapor diri di PSP


Sept 2011 - 4 bulan sebelum cukup 10 tahun berkhidmat di PSP


Ya.. kerja dan hidup masih sama seperti 10 tahun lepas. Masih kekal di Politeknik yang sama dan masih belum berkeluarga. Allah
yang menentukan semuanya, jadi saya redha dengan ketentuan ini. Alhamdulillah saya masih diberi rezeki untuk menikmati kehidupan di dunia, dan semoga rezeki itu sentiasa diberkati.

Petang tadi ada perjumpaan bulanan
dengan pengarah baru dan ramai lagi yang baru. Tapi ramai juga diantara orang baru tu sebenarnya orang lama yang kembali ke PSP setelah beberapa tahun termasuklah tuan pengarah. Perjumpaan pertama pengarah dengan semua staf, biasalah... banyak amanat. Semuanya nampak bersemangat nak melaksanakan transformasi. Nampak gaya macam PSP akan kembali aktif macam satu ketika dulu. Teringat masa zaman 'abah' dulu.... memang baaanyak kerja dan penat. Tapi seronok sebab semua orang ada dan tahu peranan masing-masing. Masa zaman itu juga saya rasa saya seorang yang 'berguna' dan memberi sumbangan kepada organisasi. Orang kata banyak kerja, tak tau nak buat yang mana satu dulu. Selepas tu... hanyut sekejap :( Jadi macam... banyak kerja... tapi tak tau apa ntah kerja yang kena buat.. huhu...
Harap2 lepas ni kembali menjadi orang berguna :)

Masa nak nyanyi lagu negaraku dan PSP tadi tib
a2 terperasan... bukan PSP je kena buat transformasi video klip lagu PSP sebab tukar pengarah baru, Malaysia pun kena tukar video klip lagu negaraku sebab dah tukar agung baru. Err.... agung kali ni pun orang lama yang kembali menjadi agung untuk kali kedua... Daulat Tuanku!
Lagu negaraku masih lagi guna gambar Tuanku Mizan

Sepatutnya Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah

Err..... sekolah pun nak enterprame jugekk!!



credit to http://www.flickr.com/photos/wazari/595933166/ and http://www.cfkeep.org/html/stitch.php?s=46603092222105





Thursday, September 15, 2011

Bengkel OpenSource + Web 2.0



Bengkel Aplikasi Komputer Berasaskan Perisian Sumber Terbuka dan Web 2.0


Macam bagus jer bunyi tajuk bengkel ni kan.. hehe.. tajuk kena sedap.. nanti kalau nak buat sijil bunyi macam canggih jer...
Hari ni kira sejarah la sebab dapat buat entry yang panas2 lagi... gambar pun upload direct dari camera haha... sebabnya.. bengkel hari ni belajar buat blog. So apa lagi.. masa ni la baru nak buka blog yg dekat2 nak bersawang ni :) hehe






Monday, July 4, 2011

...Kunjungan ke Kota Suci...

Nak sambung cerita... minggu lepas tak sempat nak menulis...


Perjalanan menuju ke kota suci dirasakan amat panjang, dari KL transit ke Dubai, Dubai - Jeddah, seterusnya naik bas dari Jeddah ke Madinah al Munawwarah. Kami naik Emirates, cantiknya kapal terbang ni. Tak pernah naik international flight.. bila masuk dlm kapal terbang besar, 3-4-3 seat satu row, terkagum la pulak. Dia punya inflight entertainment memang best. Memang patutla Emirates dapat World's Best Airline Inflight Entertainment dengan aplikasi ICE - Information, Communication dan Entertainment yang dia ada. Paling kagum ada forward, downward dan tail camera.. so kita boleh nampak apa yang berlaku di luar kapal terbang. Masa mula-mula nak berlepas, screen tu tunjuk forward kamera, nampakla semua lampu kecik2 atas landasan... pastu lampu2 bertukar jadi bintang2.... subhanallah cantiknya... last sekali tinggal gelap je la sebab kapal terbang tak mendongak dah :)


Sampai kat airport Dubai dalam pukul 3 pagi..
hmmm inilah airport dubai yang cantik tu.. mmg cantik, tapi letih sgt, takde mood nak snap gambar. Tangkap gambar sendiri pun muka sembab giler huhu...


Hari berikutnya.. berlepas dari Dubai ke Jeddah, flight delay lagi sebab menunggu connecting flight yg belum sampai... bagus betul la depa ni, semalamnya masa lepak2 kat airport pun ada kes depa tunggu passenger nk ke kuwait... tunggu n cari sampai jumpa pulak tu, ada kot sejam depa cari penumpang..... Dalam penerbangan ke Jeddah ni, majoriti nak pergi umrah, tapi ada juga yang tak. Yang nak pegi umrah pulak ada 2 haluan, kami akan ke Madinah dulu, yg terus ke Makkah pulak dah pakai ihram siap2...... lebih kurang 2 jam, akhirnya sampai ke airport Haji Jeddah. Mcm takde orang kan... hehe... mmg cari angle yang takde orang... tapi semuanya akan berubah bila sampai ke tanah haram...


Dari Jeddah, kami bertolak ke Madinah dengan bas....Pertama kali melihat bumi arab yang terkenal dengan padang pasirnya... mcm2 perasaan ada... Semua tempat hanya ada pasir dan batu.. kalau ada pokok pun, pokok renek yang kebanyakannya kering. Kalau di Malaysia, suasana mcm tu biasanya ada di tapak pembinaan je.. Tapi kat sini, semuanya macam tu ....



.... nantila sambung lagi yer...

Friday, July 1, 2011

Kunjungan ke Kota Suci...

Genap 3 minggu dah balik dari Makkah alMukarramah...
Tapi hari ni baru nak mula catatan perjalanan. InsyaAllah cerita ni tak basi... sebab perjalanan menuju Allah adalah perjalanan yang perlu kita lalui setiap detik. Semoga apa yang saya tulis ini tidak menjadi simbol riak atau 'ujub pada diri saya... Ia hanyalah kenangan indah yang ingin dikongsi, agar ketakwaan sentiasa bercambah dalam diri...

Bermula padapenghujung ramadhan 1431H, niat mengerjakan umrah disuarakan oleh abang saya, maka saya pun nak menyibuk sekali la... terus pergi Tabung Haji Travel tanya pasal umrah Disember 2010... akhirnya dapatlah pakej yang sesuai. Tapi, mungkin seruan itu belum tiba lagi, visa dibekukan.. tak jadi pergi la jawabnya.... :(

.. tak dan nk tulis habis.. nanti sambung lagi


Tuesday, June 28, 2011

... kembali......

blog ni kembali ditulis setelah sebulan sepi... saya juga telah kembali ke pejabat setelah kembali dari Tanah Suci 10 Jun lepas dan kembali dari kursus BTN hari khamis lepas....

Dalam banyak2 perkara yang kembali, ada peristiwa sedih berlaku... Abang ipar saya - Ab Rahman bin Kamaruddin, suami kepada kakak saya - Juhanis binti Shaharuddin, telah kembali menemuiNya 15 Jun lepas, kira2 jam 9.40 malam.

Hari tu hari ketiga saya masuk kerja selepas kembali dari Mekah. Pagi2 memang 'weng' sikit. Macam mana tah boleh tertinggal hp kat rumah. Petang tu balik2, tgk ada call dari rumah PahJan. Mesti Nyah yang call. Call balik tak angkat. Tak lama lepas tu, mak pulak call, bgtau kata Abg Man dah masuk hospital balik. Pelik jugak sebab 'chemo' baru habis, CT scan lambat lagi kata nak buat. Masa tu dah tergerak hati nak balik.... Dalam pukul 7.20 mlm, mak call lagi sekali. Katanya abg Man kritikal. Mak tanya, "larat ke nak balik?" Erm... betullah.. kita boleh control diri kita dengan otak. Kalau ikut badan mmg tak larat, tapi otak kata kena balik. Muaz pun antar msg gak ckp ayah kritikal. So, saya pun siap2, bw sekali baju kerja utk esok, then bertolak lebih kurang 7.50mlm. Balik sayong dulu, nk ambik mak.

Sampai sayong dlm 9.15 mlm. Hmm.. masa tu lapar sgt2, tghari td tak makan rupanya. Tertido kt surau sbb rasa cam nk demam. Sampai sayong, makan dulu kejap. Pastu gi toilet, hp bunyi, tak sempat nk angkat. Tgk2 no abg man. Tak sempat nk call balik, muaz msg - ayah dah takde - ~~speechless~~ innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.. arghhh tension pulak rasanya aku makan td.. astaghfirullahal'azim... apa aku fikir ni... tarik nafas kejap.. then terus ajak mak pergi... takleh nk balas msg muaz tu.........
Sampai kat hospital, jenazah masih kat atas katil... Allahu Akbar... betullah... Abg Man dah 'takde'... lepas settle semua, bw balik ke semanggol. Dlm pukul 2.30 pagi, barulah saya n mak balik ke sayong... arwah abg man selamat dikebumikan jam 12 tghari esoknya...

Kalau nak cerita pasal abg man ni mmg byk sgt... dah lebih 20 tahun dia bersama keluarga kami... semangat dia mmg kuat melawan penyakit.. semua jenis ubat dia makan, tak kira la moden ke tradisional... Mcm2 zikir dia amalkan, mungkin itu hikmahnya Allah bagi penyakit pd dia.. tgk muka arwah pun tenang je... Sejak dia sakit, sepanjang dia ada kat semanggol, selalu jugakla sy pegi melawat. Kadang2 tiap2 minggu, kadang2 selang2. Selalu gak sy belikan dia kacang rebus. Kdg2 beli kat juru, kdg2 kat bkt gantang... hmm.. dia kata kacang rebus kat juru lagi cantik, besaq2 kacang dia...

Mcm2la cerita abg man.... Dlm2 banyak kisah tentang arwah abg man, satu ni yang saya perasan dan agak menyentuh hati.... Sepanjang hayatnya, arwah mmg suka dan sgt ambil berat kalau ada keluarga, sedara, kawan2 yang sakit dll... dia mmg selalu pegi melawat... Even mak kawan dia sakit pun dia selalu pegi melawat... bukan setakat melawat sekali buat syarat... tapi byk kali.. bila2 dia teringat, dia akan pergi... Pada hari arwah dikebumikan, bukan setakat sedara, tapi kawan2 masa dia kat maktab pun ramai yang dtg... Kawan maktab tu, kawan masa umur 20an... Dia meninggal masa umur 51. Paling saya terharu, 2 hari lepas tu, kebetulan sy ada di semanggol masa tu, ada lagi kawan2 ex-MPKB yang dtg melawat...


Kalau kita selalu ingat orang masa dia susah... orang akan ingat kita (dan keluarga kita) masa kita susah.... Allahu Akbar... perkara baik yang kita lakukan akan Allah balas dengan kebaikan juga insyaAllah.. Ya Allah... cucurilah rahmat ke atas roh abang iparku... tabahkanlah hati kakakku... Buat anak2 saudaraku... jadilah anak yang soleh dan solehah... sesungguhnya doa dari anak soleh itu tak akan terputus....

Tuesday, May 24, 2011

kulu kelo mate lio

Tetiba rasa nak post pasal loghat perak... syok jugak yer memperkembangkan bahasa perak. Sebenarnya bahasa perak ni jarang diketengahkan sebab orang perak selalunya hanya akan bercakap bahasa ibundanya (kes mak dia orang perak la..) bila berada di kalangan ahli keluarga, sedara mara atau kawan2 yang memang orang perak jugak. Cuma baru-baru ni je sejak kemunculan filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', tiba2 'ghame oghang mole cakap peghok'.


Loghat perak yang akan saya ketengahkan adalah loghat yang digunakan di daerah kuala kangsar dan sekitarnya... walaupun ada jugak yang sama dengan bahagian parit & bota, tapi biasanya sebutannya lain... banyak sangat stail percakapan orang perak ni... kampung sebelah-sebelah pun kadang sebut lain hehe...

Tajuk entry ni pelik sikit kalau orang tak faham loghat perak.. sebenarnya boleh je nak translate dalam bahasa formal iaitu 'ke hulu ke hilir mata liar' hehe kan sama maksudnya :)

Cuma susah sikit sy nak bezakan tulisan untuk sebutan 'e' yang pelbagai. Perkataan ni saya jumpa dekat apron sorang brader yang berniaga pasar minggu kat pekan kuala... ntah apa tujuan dia buat apron camtu ntahla.. tiba2 teringat nak post ayat ni sebab td masa breakfast ada sebut pasal tunjuk arah yang biasa digunakan kat kampung...


HULU - ikut arah air sungai, mula mengalir dari hulu.

kalau nak ke hulu, selalu jadi 'ku.lu' ada titik tu sebab cara sebut dia ada break sikit.


HILIR - arah air sungai mengalir... kalau letak kapal kertas dlm sungai, dia akan hanyut ke hilir.

nak ke hilir, ada yang sebut 'ke.lio' ataupun setengah orang simplified jd 'ke.lo' je...



'kulu kelo mate lio, tak sedo awok tu dah nak tumpo' ~ kaso le pulok bunyi nye