Friday, January 6, 2012

Tahun Baru dan Transformasi

Sedar-sedar dah tahun 2012 dah... cepat betul masa berlalu. 10 tahun lepas saya baru je melapor diri sebagai Guru Sandaran Terlatih (Siswazah) GST di Politeknik Seberang Perai (PSP). Nampaknya hidup saya tak berkembang pun... sekarang ni masih di PSP. Cuma nama jawatan saja yang berubah2, sekadar memeriahkan suasana. Dari GST skrg dah jadi PPPT. Yang berkembang cuma saiz dan berat badan jer.. hehe
Contohnya macam gambar kat bawah ni...... tapi gambarnya telah SENGAJA di 'crop' untuk mengurangkan 'special effect'nya hehehe


April 2002 - 4 bulan selepas lapor diri di PSP


Sept 2011 - 4 bulan sebelum cukup 10 tahun berkhidmat di PSP


Ya.. kerja dan hidup masih sama seperti 10 tahun lepas. Masih kekal di Politeknik yang sama dan masih belum berkeluarga. Allah
yang menentukan semuanya, jadi saya redha dengan ketentuan ini. Alhamdulillah saya masih diberi rezeki untuk menikmati kehidupan di dunia, dan semoga rezeki itu sentiasa diberkati.

Petang tadi ada perjumpaan bulanan
dengan pengarah baru dan ramai lagi yang baru. Tapi ramai juga diantara orang baru tu sebenarnya orang lama yang kembali ke PSP setelah beberapa tahun termasuklah tuan pengarah. Perjumpaan pertama pengarah dengan semua staf, biasalah... banyak amanat. Semuanya nampak bersemangat nak melaksanakan transformasi. Nampak gaya macam PSP akan kembali aktif macam satu ketika dulu. Teringat masa zaman 'abah' dulu.... memang baaanyak kerja dan penat. Tapi seronok sebab semua orang ada dan tahu peranan masing-masing. Masa zaman itu juga saya rasa saya seorang yang 'berguna' dan memberi sumbangan kepada organisasi. Orang kata banyak kerja, tak tau nak buat yang mana satu dulu. Selepas tu... hanyut sekejap :( Jadi macam... banyak kerja... tapi tak tau apa ntah kerja yang kena buat.. huhu...
Harap2 lepas ni kembali menjadi orang berguna :)

Masa nak nyanyi lagu negaraku dan PSP tadi tib
a2 terperasan... bukan PSP je kena buat transformasi video klip lagu PSP sebab tukar pengarah baru, Malaysia pun kena tukar video klip lagu negaraku sebab dah tukar agung baru. Err.... agung kali ni pun orang lama yang kembali menjadi agung untuk kali kedua... Daulat Tuanku!
Lagu negaraku masih lagi guna gambar Tuanku Mizan

Sepatutnya Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah

Err..... sekolah pun nak enterprame jugekk!!



credit to http://www.flickr.com/photos/wazari/595933166/ and http://www.cfkeep.org/html/stitch.php?s=46603092222105





2 comments:

  1. hehehe... saje nk ngada2
    bukan senang nk jadi agung 2 kali
    apa2 pun sultan hgpa jugak...

    ReplyDelete