Tuesday, June 28, 2011

... kembali......

blog ni kembali ditulis setelah sebulan sepi... saya juga telah kembali ke pejabat setelah kembali dari Tanah Suci 10 Jun lepas dan kembali dari kursus BTN hari khamis lepas....

Dalam banyak2 perkara yang kembali, ada peristiwa sedih berlaku... Abang ipar saya - Ab Rahman bin Kamaruddin, suami kepada kakak saya - Juhanis binti Shaharuddin, telah kembali menemuiNya 15 Jun lepas, kira2 jam 9.40 malam.

Hari tu hari ketiga saya masuk kerja selepas kembali dari Mekah. Pagi2 memang 'weng' sikit. Macam mana tah boleh tertinggal hp kat rumah. Petang tu balik2, tgk ada call dari rumah PahJan. Mesti Nyah yang call. Call balik tak angkat. Tak lama lepas tu, mak pulak call, bgtau kata Abg Man dah masuk hospital balik. Pelik jugak sebab 'chemo' baru habis, CT scan lambat lagi kata nak buat. Masa tu dah tergerak hati nak balik.... Dalam pukul 7.20 mlm, mak call lagi sekali. Katanya abg Man kritikal. Mak tanya, "larat ke nak balik?" Erm... betullah.. kita boleh control diri kita dengan otak. Kalau ikut badan mmg tak larat, tapi otak kata kena balik. Muaz pun antar msg gak ckp ayah kritikal. So, saya pun siap2, bw sekali baju kerja utk esok, then bertolak lebih kurang 7.50mlm. Balik sayong dulu, nk ambik mak.

Sampai sayong dlm 9.15 mlm. Hmm.. masa tu lapar sgt2, tghari td tak makan rupanya. Tertido kt surau sbb rasa cam nk demam. Sampai sayong, makan dulu kejap. Pastu gi toilet, hp bunyi, tak sempat nk angkat. Tgk2 no abg man. Tak sempat nk call balik, muaz msg - ayah dah takde - ~~speechless~~ innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.. arghhh tension pulak rasanya aku makan td.. astaghfirullahal'azim... apa aku fikir ni... tarik nafas kejap.. then terus ajak mak pergi... takleh nk balas msg muaz tu.........
Sampai kat hospital, jenazah masih kat atas katil... Allahu Akbar... betullah... Abg Man dah 'takde'... lepas settle semua, bw balik ke semanggol. Dlm pukul 2.30 pagi, barulah saya n mak balik ke sayong... arwah abg man selamat dikebumikan jam 12 tghari esoknya...

Kalau nak cerita pasal abg man ni mmg byk sgt... dah lebih 20 tahun dia bersama keluarga kami... semangat dia mmg kuat melawan penyakit.. semua jenis ubat dia makan, tak kira la moden ke tradisional... Mcm2 zikir dia amalkan, mungkin itu hikmahnya Allah bagi penyakit pd dia.. tgk muka arwah pun tenang je... Sejak dia sakit, sepanjang dia ada kat semanggol, selalu jugakla sy pegi melawat. Kadang2 tiap2 minggu, kadang2 selang2. Selalu gak sy belikan dia kacang rebus. Kdg2 beli kat juru, kdg2 kat bkt gantang... hmm.. dia kata kacang rebus kat juru lagi cantik, besaq2 kacang dia...

Mcm2la cerita abg man.... Dlm2 banyak kisah tentang arwah abg man, satu ni yang saya perasan dan agak menyentuh hati.... Sepanjang hayatnya, arwah mmg suka dan sgt ambil berat kalau ada keluarga, sedara, kawan2 yang sakit dll... dia mmg selalu pegi melawat... Even mak kawan dia sakit pun dia selalu pegi melawat... bukan setakat melawat sekali buat syarat... tapi byk kali.. bila2 dia teringat, dia akan pergi... Pada hari arwah dikebumikan, bukan setakat sedara, tapi kawan2 masa dia kat maktab pun ramai yang dtg... Kawan maktab tu, kawan masa umur 20an... Dia meninggal masa umur 51. Paling saya terharu, 2 hari lepas tu, kebetulan sy ada di semanggol masa tu, ada lagi kawan2 ex-MPKB yang dtg melawat...


Kalau kita selalu ingat orang masa dia susah... orang akan ingat kita (dan keluarga kita) masa kita susah.... Allahu Akbar... perkara baik yang kita lakukan akan Allah balas dengan kebaikan juga insyaAllah.. Ya Allah... cucurilah rahmat ke atas roh abang iparku... tabahkanlah hati kakakku... Buat anak2 saudaraku... jadilah anak yang soleh dan solehah... sesungguhnya doa dari anak soleh itu tak akan terputus....

No comments:

Post a Comment